Thursday, August 20, 2009

RUPA-RUPANYA, MASIH RAMAI YANG SAYANGKAN KPIPM


KPIPM yang telah ditubuhkan pada 1964 hari ini telah mencatatkan sejarah apabila kehadiran ke Mesyuarat Agung Tahunan tertinggi, iaitu seramai 221 orang yang berdaftar sebagai ahli sidang dan 230 orang turun mengundi.

Terlintas di fikiran saya, apabila melihat keadaan ahli KPIPM yang begitu bersemangat menyuarakan pandangan dan cadangan masing-masing. Rupa-rupanya, masih ramai yang sayangkan KPIPM. Inilah yang terdetik di hati ini.

Sebelum ini, kita melihat terdapat persaingan sihat di dalam pencalonan menjadi Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM. Seramai 12 orang yang bertanding untuk mendapatkan 8 portfolio. Inilah satu butki yang menunjukkan sensitiviti ahli KPIPM terhadap gerk kerja perjalanan KPIPM selama ini.

Saya kerap tertanya-tanya, kenapakah ketika di akhir pemerintahan saya sebagai YDP, baru terserlah kasih sayang itu? Kenapakah baru sekarang keharmonian itu baru wujud? Entah, saya pun tidak mengetahuinya.

Sebagai Yang Dipertua 2008/2009, saya sangat memohon maaf kepada semua ahli KPIPM sekiranya di sepanjang perjalanan sesi ini, berlakunya sebarang masalah dan salah faham. Bukanlah ini yang dirancang.

Buat akhirnya, saya kerap ingatkan supaya tidak menimbulkan lagi isu kasta dalam KPIPM. AJKT dan ahli sama sahaja. Semuanya akan ditanya dan dipersoal oleh Allah SWT. Jangan pula kita anggap AJKT itu golongan teratas dan ahli itu dibawah. Ini kerana Islam tidak mengajar kita meng"kasta"kan manusia.

Bahkan saya sangat malu apabila pemikiran kasta ini masih lagi wujud di kalangan kita. Saya berharap agar kita sama-sama dapat menghilangkan dan melenyapkan pemikiran ini daripada terus menular.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Yang Dipertua,

Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
2008/2009