Friday, May 8, 2009

PERKEMBANGAN TENTANG RUMAH PERAK




Di dalam kesempatan yang sedikit ini, ingin saya jelaskan tentang situasi Rumah Perak setakat ini. Ramai di kalangan masyarakat Malaysia sendiri dan ahli KPIPM, yang tertanya-tanya tentang perkembangan ini, dan di sini, ingin saya jelaskan beberapa perkara yang perlu dijelaskan.

Rumah Perak asal yang telah diberi nama “Wisma Darul Ridzuan” telah diubahsuai daripada asal. Rangka asal masih kekal digunakan, atau dengan kata lain, rangka tersebut masih kukuh. Cuma yang diubah ialah dinging, lantai, saluran perpaipan, cat dan beberapa perkara yang penting. Anda boleh melihat beberapa gambar perkembangan proses rumah perak ini di dalam blog KPIPM.

Sebagai makluman tambahan, Wisma Darul Ridzuan ini berada di bawah peruntukan SUK, manakalah Rumah Perak Baru pula di bawah peruntukan MAIAMPk.

Perkembangan Rumah Perak Baru yang tidak jauh dari situ, turut diubahsuai daripada bentuk asas. Bangunan tersebut dibeli oleh MAIAMPk, kemudian diubahsuai dengan menggunakan peruntukan yang ada.

Kedua-dua bangunan ini dijangka siap diubahsuai pada Bulan Julai tahun ini. Saya sendiri mengharapkan agar tarikh jangkaan tersebut dapat ditepati, memandangkan keperluan ahli KPIPM untuk menetap di bangunan tersebut.

Sepertimana yang telah diberitahu oleh Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria ketika kehadirannya tahun lepas memberitahu bahawa wakil JKR Perak akan datang secara berkala, memantau proses pembinaan kedua-dua bangunan ini.

Baru-baru ini, Dato’ Syeikh Mohd Nor Mansur al Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, datang melawat ahli-ahli Perak di sini. Tujuan utama kehadiran beliau ke sini ialah menyelesaikan beberapa urusan berkenaan bangunan yang diubahsuai ini.

Saya sendiri mewakili ahli KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam urusan rumah perak ini. Semoga segala usaha kalian dib alas oleh Allah SWT.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Yang Dipertua,

Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir,
2008/2009