Thursday, May 14, 2009

BERSAMA BERKONGSI MASALAH DAN CADANGAN


Sebelum ini KPIPM telah melaksanakan Muhasabah Separuh Penggal dan Jaulah AJKT (MESEJ 09), yang diadakan di cawangan-cawangan. Alhamdulillah, sambutan daripada ahli agak memberansangkan. Cuma, sedikit muhasabah yang perlu kita koreksi bersama ialah berkenaan aduan dan masalah yang diterima.

Saya selaku YDP KPIPM, sangat mengharapkan kepada semua ahli agar dapat berkongsi masalah atau sebarang aduan dengan segera kepada pihak yang bertanggungjawab. Ini kerana, masalah yang dihadapi di peringkat KPIPM ialah kurang mendapat makluman tentang beberapa masalah yang dimaksudkan tersebut.

Penyelesaian akan dapat dicapai apabila ia dilaporkan dengan segera. Tetapi, sekiranya ia lewat dimaklumkan, maka masalah tersebut akan tertangguh penyelesaiannya, dan akhirnya menimbulkan suasana yang tidak baik. Antara penyelesaian yang telah dilaksanakan di peringkat KPIPM sendiri, ialah perlantikan Ahli Majlis Perwakilan. Maka, saya berharap agar ahli dapat menghubungi mereka atau menghubungi saya terus, untuk menyuarakan masalah tersebut.

Selain itu, KPIPM juga memerlukan cadangan dan pandangan daripada semua pihak untuk dikongsi bersama. Setiap cadangan tersebut akan dibincangkan bersama agar dapat dipersetujui, atau tidak, oleh semua pihak. Kadangkala, beberapa cadangan terpaksa ditangguhkan kerana pelaksanaannya masih belum sesuai.

Maka, saya berharap agar penangguhan tersebut tidak dilihat sebagai satu perkara negatif. Sepertimana yang biasa saya sebutkan bahawa KPIPM ini milik bersama. Maka, bersama-samalah kita membangunkannya. Semoga dengan usaha kita untuk membangunkan KPIPM ini mendapat keredhaan Allah.

Insya Allah, sebagai salah satu cara untuk memudahkan perkara ini, Perjumpaan Khas bersama YDP akan ditingkatkan kekerapan, supaya memudahkan urusan ini. Insya Allah.


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Yang Dipertua,

Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir,
2008/2009