Friday, May 22, 2009

RUMAH PERAK HAMPIR SIAP

Alhamdulillah, tempoh hari saya telah datang melihat dua buah rumah Perak yang masih dalam proses pembaikan, dan mendapati bahawa peratusan siapnya agak tinggi. Secara kasarnya, Rumah Perak lama sudah sempurna 80%, dan masih berbaki penyelenggaran tambahan, dan perabot.

Manakala Rumah Perak baru, siap dalam 70% mengikut pandangan kasar saya. Walaubagaimanapun, marilah kita sama-sama berdoa agar semua proses pembaikan dapat berjalan dengan lancar dan menepati waktu yang dimaklumkan.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Yang Dipertua,

Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
2008/2009