Friday, May 22, 2009

KRISIS RUMAH PERAK SEMENTARA, KITA HADAPI BERSAMA

Dalam minggu ini, Rumah Perak sementara yang didiami oleh ahli KPIPM menghadapi beberapa masalah. Antaranya ialah pembaikan tandas belakang yang agak mengganggu dalam menghadapi peperiksaan, terutamanya kepada mahasiswi.

Saya mewakili pihak persatuan memohon kemaafan atas kejadian yang berlaku. Pembaikan ini yang dilakukan oleh tuan rumah tidak pernah dimaklumkan kepada pihak persatuan. Kejadian ini adalah diluar jangkaan dan menyebabkan tiada sebarang persediaan yang dibuat.

Allah SWT berfirman
.
.. dan tiada seorang pun yang benar-benar mengetahui tentang apa yang dilakukannya esok (Surah Luqman : 34)

Sekiranya seseorang itu sendiri tidak mengetahui perbuatan yang akan dilakukannya esok, apatah lagi kita yang tidak mengetahui tentang perbuatan orang lain terhadap kita pada esok hari. Bahkan kejadian ini tidak pernah diketahui dan tidak juga dirancang.

Kita juga tidak mengetahui apa yang akan terjadi esok hari, apatah lagi kita juga tidak tahu perkara yang berlaku 2 bulan akan datang. Kami juga tidak pernah mengetahui tentang kejadian hari ini ketika mula-mula proses pemindahan rumah.

Saya mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang memaklumkan masalah ini dengan segera. Alhamdulillah tindakan yang telah dilakukan oleh persatuan ialah memaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab agar perkara seperti ini tidak diulangi lagi, dan menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Mereka berjanji akan menyiapkan kerja-kerja tersebut minggu ini.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Yang Dipertua,

Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir,
2008/2009