Tuesday, May 26, 2009

YM DAN EMAIL SEBAGAI SALURAN UNTUK BERKONGSI MASALAH, PERSOALAN DAN PENDAPAT

Sebelum ini saya memberi ruang kepada semua ahli KPIPM untuk berkongsi masalah, cadangan dan sebagainya. Alhamdulillah, salah satu cara yang boleh memudahkan kalian berbuat demikian ialah dengan menggunakan Yahoo Messengger.

Saya telah pun mengaktifkan ID YM, ydp_kpipm64@yahoo.com bagi sesiapa yang mempunyai persoalan, masalah dan cadangan untuk dikemukakan kepada persatuan. Maka, saya berharap ID ini dapat dimasukkan dalam ID masing-masing, dan sekiranya terdapat sebarang perbincangan sila hantarkan mesej kepada ID tersebut, atau ke dalam email YDP.

Saya juga membuka peluang kepada mana-mana rakyat Malaysia sendiri terutamanya rakyat di Negeri Perak untuk terus berhubung dengan saya sekiranya terdapat sebarang perkara yang boleh dibantu.

Insya Allah, setakat ini saya masih belum bercadang untuk membuka secara berkala, sebaliknya saya akan membukan YM tersebut pada waktu-waktu yang tidak tentu. Saya berharap, dengan cara ini dapat memberi ruang kepada semua untuk mendapatkan sebarang maklumat, berkongsi masalah, aduan dan sebagainya.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Yang Dipertua,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir,
2008/2009