Friday, May 29, 2009

PERBINCANGAN BERSAMA TENTANG RUMAH PERAK TELAH DIADAKAN TIGA KALI


Beberapa penjelasan yang saya rasa perlu untuk dikongsi bersama di sini ialah tentang beberapa siri perjumpaan saya bersama ahli. Perjumpaan-perjumpaan ini bertujuan membincangkan tentang Rumah Perak khususnya, dan beberapa hal yang berkaitan dengannya.

Kali pertama perjumpaan telah diadakan secara umum pada 21 November 2008, dan telah dimaklumkan kepada semua peringkat, khususnya Kaherah. Perjumpaan khas bersama saya ketika itu telah diadakan sekali bersama Program Muzakarah Berkelompok Gabungan. Namun, kehadiran ahli ketika itu agak mengecewakan.

Perbincangan yang dibuka secara umum ketika itu berkisar tentang Rumah Perak, Rumah Baru, Rumah Sementara dan sebagainya.

Perjumpaan kali kedua ialah Mesyuarat BPR yang telah menjemput wakil semua rumah sewa pada 22 November. Sekali lagi ruang untuk membincangkan tentang Rumah Perak dibuka kepada wakil-wakil rumah sewa. Perbincangan utama ketika itu, ialah berkisar tentang masalah yang dihadapi di rumah-rumah sewa dan sebarang perkara yang berkaitan dengan Rumah Perak sendiri.

Perjumpaan terakhir bersama saya telah diadakan pada 28 November 2008, juga membincangkan dan membuka ruang seluas-luasnya bagi sesiapa sahaja memberikan pandangan, cadangan dan lontaran soalan. Namun, kehadiran masih mengecewakan walaupun ia telah dimaklumkan kepada semua, khususnya di Kaherah.

Pada pertengahan Disember, sekali lagi perjumpaan tertutup bersama saya dan penginap di Rumah Perak Sementara yang diadakan di rumah tersebut. Perjumpaan kali ini lebih tertumpu kepada masalah yang dihadapi dan cadangan daripada semua.

Walaubagaimanapun, saya memohon maaf kepada ahli di cawangan kerana terpaksa mengadakan perjumpaan kali ini pada bukan minggu BKAN. Oleh itu, maklumat yang diedarkan hanya di peringkat Kaherah sahaja, kerana bimbang mengganggu perjalanan aktiviti di DPM.

Insya Allah, siri-siri perjumpaan untuk membincangkan beberapa masalah bersama, akan diadakan selepas ini. Manakala sebarang isu dan berita akan disampaikan melalui blog atau emailgroup untuk kita manfaat bersama dan memudahkan ahli, terutamanya di cawangan.

Alhamdulillah, persatuan bersedia menerima sebarang pandangan, cadangan, soalan dan sebagainya yang berkaitan dengan KPIPM. Untuk perkara yang berkaitan dengan Rumah Perak atau sebarang perkara, boleh terus berhubung dengan saya di nombor telefon, email atau ID YM sepertimana yang tertera.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Yang Dipertua,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir,
2008/2009