Allah SWT berfirman
.

Nabi SAW bersabda
.

Selain itu, di dalam Sirah Nabi SAW, sepertimana yang diceritakan oleh sejarawan-sejarawan Islam, terdapat satu usaha untuk memecahbelahkan Islam. Ia dilakukan oleh Abdullah bin Ubai, seorang pemimpin munafik yang sudah lama berdendam dengan Baginda SAW.
Beliau telah mendirikan sebuah masjid, yang diberi nama Masjid Dhirar. Masjid ini didirikan bertujuan memecahbelahkan umat Islam, yang sebelum ini mengerjakan solat berjemaah di Masjid Nabi.
Maka, tindakan yang telah diambil oleh Baginda SAW ialah dengan merobohkan masjid tersebut, sepertimana yang telah diceritakan di dalam Surah at Taubah. Penghayatan daripada sirah ini, dapat kita simpulkan bahawa kewujudan "kumpulan" lain yang berusaha untuk memecah belahkan Islam, walaupun dengan melaksanakan satu kebaikan.
Walaupun ia adalah satu kebaikan atau dengan menggunakan nama mengajak kepada kebaikan, tetapi hakikatnya ia diusahakan untuk memecahbelahkan dan merosakkan kesatuan Islam ini, maka hendaklah ia dihapuskan.
KPIPM setakat ini bekerjasama dengan JPMK, PMRAM, BKAN, DPM dan Perubatan. Manakala Nadi UMNO yang mempunyai unsur politik, KPIPM tidak memberikan sebarang kerjasama sepertimana yang terdapat di dalam perlembagaan. Bahkan pertubuhan selain daripada itu yang terdapat di Mesir, KPIPM berpendirian "tiada sebarang hubungan". Ini jugalah sepertimana pendirian PMRAM di dalam isu ini.
Tetapi, sekiranya ia mempunyai unsur-unsur memecahbelahkan daripada mana-mana pihak, KPIPM tidak teragak-agak untuk menolak atau menghapuskannya. KPIPM bukan ditubuhkan untuk melahirkan kesatuan yang berpecah belah.
Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Yang Dipertua,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
2008/2009