Sunday, August 9, 2009

SAYA BERBANGGA DENGAN ANAK-ANAK PERAK DI MESIR



Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan ke Hadrat Ilahi, kerana pada sesi ini, saya sebagai Yang Dipertua sangat berbangga dengan pencapaian anak-anak perak dalam segenap sudut.

Antara kecemerlangan yang boleh dibanggakan ialah keprihatinan yang ditunjukkan oleh anak-anak Perak dalam menjuarai dari sudut memberi sumbangan tenaga dan kebolehan bagi menjayakan program PMRAM. Contohnya, pada Program PESAT sebelum ini. Kebanyakan yang memberi sumbangan tenaga dan kebolehan di dalam PESAT, adalah dikalangan anak-anak Perak sendiri. Syabas diucapkan.

Selain itu, Ekspo Gempak PMRAM kali ini, turut banyak anak-anak Perak yang berusaha menggerakkan jentera program mega ini. Antaranya sebagai AJK Program dan beberapa sudut lain. Saya berharap agar kesinambungan ini dapat diteruskan.

Namun, di sana terdapat cuitan hati ini apabila melihat beberapa orang anak Perak yang langsung tidak bersama dengan persatuan. Mereka lebih suka untuk menyendiri, dan kurang berminat untuk menyumbangkan apa-apa sumbangan.

Selain itu, saya juga agak kesal dengan beberapa anak Perak yang gagal meletakkan diri mereka sebagai "ASET" bagi PMRAM atau KPIPM sendiri. Mereka lebih berminat duduk sahaja di rumah, dan tidak bersama-sama menghidupkan nilai ukhuwah sesama kita.

Muhasabah ini perlu diamati dengan naluri dan pemikiran yang matang. Semoga dengan teguran ini mampu menaikkan kembali KPIPM, lebih-lebih lagi dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada PMRAM.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Yang Dipertua,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir,
2008/2009